Selamat Datang

Dapatkan info mengenai Malaysia. Berita harian semasa dan terkini, hiburan, politik, agama, sukan, ekonomi, promosi, pelancongan, pendidikan, pelaburan, kesihatan, hartanah, teknologi, pertandingan, peraduan, gaya hidup, jawatan kosong dan apa-apa sahaja tentang Malaysia.

Iklan

Monday, March 18, 2013

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kementerian Pelajaran Malaysia ambilan 2013

0 comments

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) seperti lampiran berikut. Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 22 Mac 2013.

Read more ►

Saturday, March 16, 2013

Keputusan SPM 2012 diumum Khamis ini

0 comments

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.

Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar," demikian menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.

Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.
Read more ►

Caj lesen memandu OKU mansuh

0 comments


Berkuat kuasa semalam, orang kelainan upaya (OKU) di seluruh negara yang memiliki lesen motosikal tidak lagi dikenakan bayaran pembaharuan, sebaliknya hanya dikenakan caj nominal RM2.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebelum ini, OKU perlu membayar kadar bayaran yang sama seperti pemilik lesen memandu lain iaitu RM20 bagi motosikal dan RM30 untuk kereta.

Bagaimanapun jelas beliau, pemansuhan bayaran pembaharuan lesen memandu kereta untuk OKU hanya berkuat kuasa pada 1 Mei depan bagi membolehkan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dinaik taraf.

"Selain itu, OKU yang ingin mengambil ujian memandu (Lesen L), bayaran RM10 yang dikenakan (JPJ) sebelum ini dimansuhkan dan mereka boleh (menduduki) ujian secara percuma.
Read more ►

Thursday, March 14, 2013

Karnival Halal Kedah 2013

0 comments
user posted image

Jelajah pertama Karnival Halal bagi tahun 2013 akan diadakan di negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah Darul Aman. Karnival ini dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah. Karnival Halal Kedah 2013 akan dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato 'Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) pada 15 Mac 2013 (Jumaat).

Lebih daripada 40 peserta dari pengeluar produk Halal dan pelbagai pembekal perkhidmatan halal akan mengambil bahagian dalam acara ini yang bermula dari 14 - 16 Mac, 2013 dari jam 9.00 pagi - 10.00malam di kawasan tempat letak kereta Mall Amanjaya, Sungai Petani, Kedah. Hanya usahawan yang disahkan JAKIM / JAIN / MAIN atau syarikat sendiri Islam layak untuk mempamerkan produk.

Klik Untuk Maklumat Lanjut
Read more ►

Perodua perkenal model S-Series Viva, Myvi, Alza

0 comments

Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza hari ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.

"Kelainan yang ada pada model baharu S- Series ini boleh dilihat daripada beberapa prospek seperti reka bentuk yang lebih menarik, kepelbagaian aksesori-aksesori tambahan dan juga stereng berkuasa tinggi yang dijual pada harga berpatutan.

"Selain daripada warna-warna model Perodua yang sedia ada di pasaran, model S-Series ini turut didatangkan dengan warna eksklusif iaitu Ozzy Orange," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran batu asas kilang baharu Perodua di Sungai Choh, Rawang yang telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini semalam.

Aminar Rashid menerangkan, ketiga-tiga model Viva S 1.0L, Myvi 1.3 SE dan Alza S 1.5L itu ditawarkan pada harga antara RM34,774.30 sehingga RM56,517.00 seunit di seluruh rangkaian Perodua bermula hari ini.

Dalam pada itu, Perodua turut menawarkan pemberian servis kereta secara percuma selama tiga tahun kepada mana- mana pemilik Perodua yang mendaftar kenderaan mereka bermula 15 Mac ini.

Tambah Aminar, khidmat lapan kali servis kenderaan secara percuma yang bernilai kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 itu merangkumi kos buruh, alat ganti upah dan enam peratus cukai.
Read more ►

Bank Rakyat agih dividen 18%

0 comments

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus mencatatkan keputusan kewangan cemerlang dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.11 bilion tahun lalu, meningkat 4.7 peratus berbanding RM2.02 bilion pada 2011.

Selepas ditolak cukai serta zakat, keuntungan bersih bank koperasi berlandaskan Syariah itu ialah sebanyak RM1.74 bilion.  Berikutan pencapaian itu ia mengumumkan bayaran dividen 18 peratus membabitkan pembayaran berjumlah RM495 juta kepada 947,541 anggotanya.

Ia merangkumi dividen tunai sebanyak 16 peratus membabitkan pembayaran RM440 juta, serta dua peratus dalam bentuk saham bonus bernilai sejumlah RM55 juta.

Mengumumkan keputusan kewangan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. berkata prestasi cemerlang dicatatkan Bank Rakyat itu didorong pertumbuhan pendapatan pembiayaan dan deposit, selain kualiti aset yang kukuh meskipun berdepan cabaran dalam industri perbankan tempatan.

Beliau menjelaskan, pendapatan kasar Bank Rakyat meningkat 13.2 peratus kepada berjumlah RM6.23 bilion tahun lalu berbanding RM5.50 bilion pada 2011.

Agihan keuntungan
Pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit, katanya meningkat sebanyak 2.9 peratus kepada RM3.34 bilion berbanding RM3.24 bilion.

Pendapatan daripada sumber pembiayaan meningkat 11.2 peratus kepada RM4.96 bilion berbanding RM4.46 bilion tahun lalu, yang mana RM4.53 bilion atau 91.4 peratus disumbangkan oleh perbankan konsumer manakala perbankan komersial menyumbang RM430 juta atau 8.6 peratus daripada keseluruhan pendapatan pembiayaan, katanya di Kuala Lumpur.

Ismail Sabri berkata, pendapatan berasaskan yuran bank koperasi itu pula adalah sebanyak RM110.9 juta, naik 20.5 peratus berbanding RM92 juta pada 2011.

Daripada jumlah berkenaan, katanya pendapatan komisen takaful, wasiat dan yuran ATM menyumbang sebanyak 80.1 peratus.

Jumlah aset Bank Rakyat meningkat 9.3 peratus kepada RM79.21 bilion tahun lalu berbanding RM72.48 bilion pada 2011. Pada akhir tahun lalu, pulangan ke atas aset terus mengukuh pada kadar 2.8 peratus, katanya.

Beliau berkata, Bank Rakyat turut mencatatkan pertumbuhan kukuh baki pembiayaannya, meningkat 11.9 peratus kepada RM56.76 bilion berbanding RM50.70 bilion.

Pembiayaan konsumer, katanya terus menjadi fokus utama perniagaan bank koperasi itu dengan menyumbang 88.5 peratus daripada keseluruhan pembiayaannya.

Dari segi portfolio pembiayaan, sektor peribadi adalah penyumbang terbesar iaitu sebanyak 87.5 peratus daripada keseluruhan pembiayaan konsumer, katanya.

Ismail Sabri berkata, kualiti aset Bank Rakyat terus kukuh yang mana nisbah pembiayaan terjejas kasar pada akhir tahun lalu hanya pada kadar 2.5 peratus.

Pada masa sama, katanya liputan atas kerugian pembiayaan bank koperasi itu kekal tinggi pada kadar 106.4 peratus.

Bank Rakyat juga mencatatkan pertumbuhan deposit yang kukuh iaitu sebanyak 7.1 peratus kepada RM62.67 bilion tahun lalu, berbanding RM58.51 bilion pada 2011.

Kualiti aset terus kukuh

Dana pemegang sahamnya meningkat 23.6 peratus kepada RM10.33 bilion berbanding RM8.35 bilion hasil sumbangan penambahan untung bersih dan penambahan modal saham berbayar.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Bank Rakyat akan mengumumkan Pengarah Urusannya yang baharu pada 1 April ini.

"Dasar kita memang akan menaikkan (pangkat) orang dari dalam (Bank Rakyat). Seperti yang sentiasa saya beritahu, walaupun lembaga pengarah berkuasa mencadangkan, namun masih ada pihak lain seperti Bank Negara untuk meneliti nama yang dihantar," katanya.

Bank Rakyat baru-baru ini mengumumkan persaraan Datuk Yusof Abdul Rahman berkuat kuasa 1 April, 2013. Beliau mula bercuti pada 1 Mac. Datuk Mustafha Abdul Razak, Pengurus Besar Kanan Operasi Perbankan, kini menjalankan tugas sehingga pelantikan Pengarah Urusan baharu dibuat.
Read more ►

Wednesday, March 13, 2013

Bidaan nombor plat 1M4U dibuka

0 comments

Bidaan nombor plat 1M4U dibuka sehingga 29 Mac 2013.

SYARAT-SYARAT TAWARAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN 1M4U

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang boleh dimuat turun di laman web: www.platim4u.com

2. Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit , iaitu 50% daripada harga tawaran yang dibuat tetapi tidak kurang daripada RM 500.00 sebagai deposit minimum. Sekiranya deposit tawaran tidak disertakan atau deposit tawaran yang disertakan adalah kurang daripada 50% maka permohonan adalah terbatal dengan sendirinya.

3. Borang permohonan ini hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Sekiranya syarikat, ianya hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan cop rasmi Syarikat.

4. Borang permohonan bersama-sama dengan deposit tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan berperekat rapi.

5. Semua tawaran untuk nombor pendaftaran hendaklah dipos atau dihantar terus ke alamat berikut:

Urusetia Plat 1M4U
SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi,
Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 jam 5.00 petang. Semua permohonan yang diterima melebihi tarikh dan masa yang telah ditetapkan, akan ditolak permohonannya.

6. Pemohon yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran melalui sistem tawaran ini hendaklah
mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan atas nama pemohon sendiri atau boleh dipindah milik

kepada orang lain. Tempoh pendaftaran adalah sehingga 31 Disember 2013 dan semua proses pendaftaran
hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.

7. Bayaran penuh tawaran nombor pendaftaran yang berjaya hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya maka deposit tawaran sebanyak 50% yang telah dikemuka kan.

8. Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya, deposit akan dikembalikan secepat mungkin.

9 . Nombor yang sudah dibayar tetapi gagal didaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan ditarikbalik dan sebarang bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan bagi kes-kes tertentu yang
menghalang pendaftaran dalam tempoh 6 bulan, perlanjutan tempoh boleh dibenarkan tetapi tertakluk kepada bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong permohonan tersebut.
10. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan di TOLAK.

11. Pihak 1M4U tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi atau mana-mana permohonan tawaran.

12. Keputusan Jawatankuasa Tawaran adalah muktamad. pemohon gagal menjelaskan baki tersebut,
tidak akan dikembalikan.

Muat turun borang
Read more ►
 

Copyright © Informasi Malaysia Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger